Friday, July 23, 2010

JURNAL REFLEKSI

Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil adalah daripada alat-alat muzik yang tertentu dan muzik yang dipelajari saya pada kali ini adalah muzik tradisional. Ia adalah sesuatu yang baru apabila setiap aspek yang dipelajari melihat muzik itu daripada sejarah, konsep dan lain-lain. Perihal muzik telah dipelajari dengan mengetahui asas-asas muzik itu sendiri. Muzik tradisional ini juga mengandungi elemen-elemen yang tertentu untuk dihubungkaitkan denga faktor kebudayaan dan juga persekitaran.

Pengertian mengenai muzik itu adalah sesuatu yang kita harapkan bermula daripada sejarah serta genre muzik itu sendiri. Selain itu, dengan mempelajari muzik tradisional, ia boleh membawa kepada suatu penilaian yang lebih estetika iaitu melihat muzik itu sebagai suatu keindahan dan juga kesenian. Irama, alunan dan juga muzik yang mempunyai tempo tersendiri harus dikaji dan di olah untuk menghasilkan suatu irama muzik tradisional yang mempunyai nilai-nilai estetika.

Pada kuliah minggu kedua ini, pelbagai ilmu mengenai muzik telah saya pelajari bermula dengan pengenalan mengenai bunyi yang berteraskan kepada dua konsep iaitu mata dan bunyi, budaya muzik, muzik dari aspek sejarahnya, kategori alat muzik yang pelbagai dan juga konsep serta struktur muzik itu sendiri. Apabila melihat daripada aspek-aspek yang telah dinyatakan, jelas sekali muzik harus dikaji dengan mendalam kerana ia mempunyai cabang-cabangnya yang tersendiri. Jika kita lihat pada aspek sejarah, kita boleh mengetahui daripada asal bermulanya sesuatu muzik itu serta budaya muzik itu mengikut negeri dan juga daerah masing-masing. Dengan mengetahui kategori muzik tersebut juga ia boleh membantu kita untuk mengenalpasti fungsi-fungsi setiap muzik tersebut dan juga jenis alat-alat yang digunakan untuk mencipta muzik itu sendiri. Konsep atau struktur yang terdapat di dalam muzik itu juga dapat membantu kita mengklasifikasikan muzik itu mengikut fungsi-fungsi dan kaedah muzik itu sendiri. Hal ini sedikit sebanyak membantu saya mempelajari sesuatu yang baru mengenai muzik bukan sekadar dasar tetapi dalaman muzik itu juga.

Untuk mempelajari muzik tradisional ini dengan lebih mendalam lagi, pededahan kepada dunia luar berkaitan dengan muzik tradisional harus dilihat melalui tinjauan sebenar. Contohnya, pergi ke daerah-daerah yang pastinya mempunyai genre muzik yang tersendiri. Selain itu, kita juga harus mempelajari bagaimana alat muzik tersebut dimainkan dan juga mengetahui material-material yang digunakan pada alat muzik tersebut untuk membentuk irama muzik yang tersendiri. Membaca dan mengkaji sejarah asal alat muzik tersebut amat penting untuk kita mengaitkan ia dengan teori-teori yang boleh menyokong muzik tradisional ini untuk dimartabatkan ke arena globalisasi. Muzik tradisional ini juga harus dimartabatkan supaya ia tidak hanya dianggap sebagai muzik picisan sahaja.

Di bawah ini disertakan suatu tradisi masyarakat Sarawak yang amat terkenal iaitu bermukun iaitu mereka menggunakan muzik tradisional seperti biola dan gendang untuk menghasilkan muzik dan irama yang tersendiri.





Teruskan Membaca...

Thursday, July 15, 2010

BIODATA


NAMA : ERANA BINTI MAT
NO MATRIK : D20072031500
PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN
KUMPULAN : A
SEMESTER : 6/2010
SUBJEK : SMP2252 MALAYSIAN TRADITIONAL MUSIC
EMAIL : lovelyluv86@gmail.com
NEGERI ASAL : SARAWAK


Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    5 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    5 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    5 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    5 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    5 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    5 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    5 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    6 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    6 years ago
  • BIODATA - NAMA : ZAHARAH BINTI MUSA NO.MATRIK : D20072031542 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252 - MUZIK TRA...
    6 years ago

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

smp2252 erana Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template